Bagi subjek ini, kami telah diberi tugasan untuk membangunkan satu laman web. Bagi kumpulan kami, kami diminta untuk membangunkan satu laman web pusat pengajian teknologi maklumat (PPTM). Kami menggunakan dreamweaver untuk membangunkan laman web ini dan mysql sebagai pangkalan data kami. Pada masa yang sama, kami telah menggunakan banner baru dan banner itu telah dihasilkan menggunakan photo scape.. Kami mempunyai masalah untuk membuat laman web ini kerana kami tidak mahir menggunakan aplikasi yang ada. Kami mencuba sedaya upaya kami untuk menghasilkan laman web yang terbaik bagi kami memandangkan ini adalah kali pertama saya membuat laman web bagi pihak diri saya sendiri. Harapan kami adalah semoga laman web ini dapat dihasilkan seperti yang kami rancangkan dan semoga ianya memenuhi kriteria yang diinginkan oleh puan saidah dan en onn azraai..
ini adalah blog ketua kumpulan saya.
No comments:
Post a Comment